Perkongsian Bijak,
Kerjasama Lebih Erat
Subsistem PIBG dalam SkoolBeez memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa melalui pengurusan mesyuarat, komunikasi, sumbangan dan maklum balas secara digital. Ia menjadi saluran rasmi untuk penyampaian maklumat daripada pihak sekolah kepada ahli PIBG dan membolehkan ibu bapa menyertai, memberi cadangan atau menyemak aktiviti berkaitan.
Segala interaksi, termasuk hebahan, jemputan mesyuarat, usul dan laporan kewangan, boleh diurus dalam satu sistem — menjadikan PIBG lebih transparens, responsif dan efisien.
Pengurusan Mesyuarat dan Hebahan Rasmi
Sekolah boleh menjemput ibu bapa secara terus melalui sistem, mengedarkan agenda mesyuarat dan menyediakan bahan sokongan.
Penyertaan dan Maklum Balas Ahli PIBG
Ibu bapa boleh memberikan cadangan atau menyatakan sokongan terhadap usul dan keputusan secara telus.
Rekod Aktiviti dan Laporan Teratur
Semua minit mesyuarat, laporan aktiviti dan sumbangan direkod secara sistematik dan boleh dicapai bila-bila masa.
Sumbangan dan Kutipan Digital
Menyokong kutipan sumbangan PIBG secara tanpa tunai, dengan rekod pembayaran automatik.

Mesyuarat PIBG yang Sistematik

Komunikasi Dua Hala Sekolah–Ibu Bapa

Rekod dan Dokumentasi Teratur
