AI tutor
Bimbingan Pintar,
Pembelajaran Kendiri Lebih Berkesan
Modul AI Tutor dalam SkoolBeez ialah ciri sokongan pembelajaran pintar yang membolehkan murid mendapatkan bantuan akademik secara interaktif dan kendiri menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Murid boleh bertanya soalan, membuat semakan topik, atau mendapatkan penjelasan semula terhadap subjek yang dipelajari di sekolah.
AI Tutor bukan bertujuan menggantikan guru, tetapi berfungsi sebagai pembantu pembelajaran digital yang bersedia bila-bila masa untuk membantu murid memahami pelajaran dengan lebih mendalam.
Soalan Akademik Dijawab Secara Segera
Murid boleh menaip soalan berkaitan subjek dan mendapatkan jawapan serta penjelasan dalam bahasa yang mudah difahami
Sokongan Topik Berdasarkan Kurikulum Sekolah
Jawapan dan bimbingan diselaraskan dengan kandungan pembelajaran semasa berdasarkan tahap dan silibus.
Pembelajaran Kendiri di Luar Masa Kelas
Murid boleh belajar atau mengulang kaji pelajaran di rumah atau selepas waktu sekolah secara interaktif.
Selamat dan Mesra Pengguna Sekolah
Persekitaran AI yang dikawal selamat, tanpa akses kepada kandungan luar atau unsur tidak sesuai.

Bantuan Akademik Masa Nyata

Ulangkaji dan Pemahaman Bertumpu

Selaras dengan Kurikulum Sekolah
